Friday, October 30, 2009

MENYINGKAP FAHAMAN KEROHANIAN TAREKAT SUFI
Berkata seorang Sufi:’’Tidak ada orang yang dapat menilai jalan kerohanian kecuali mereka yang duduk didalam Makrifat (pelajaran mengenal Allah).

Ramai yang mengakui sudah mencapai Makrifat kerana hanya pandai bercerita atau hanya membaca buku2 makrifat,tetapi tidak memahami MAKRIFAT.

Ilmu Syariat itu lebih nyata dan bersifat zahir,oleh itu ramai orang dapat menilai Syariat tetapi ilmu Syariat adalah untuk manusia dan bukan untuk disisi Allah Ta’ala.’’

Yang pertama ditanya tentang kebaikan ialah sembahyang dan yang pertama ditanya tentang keburukan ialah pembunuhan jiwa..

Kebanyakan orang yang sembahyang yang sangat dijaganya ialah kebagusan bacaannya dan elok rukun sembahyangnya (rukun 13).Tetapi sedikitpun dia tidak memikirkan bagaimana sembahyangnya itu dapat terus sampai kepada Allah tanpa perantaraan malaikat.

Sembahyang yang hakiki tidak diketahui oleh malaikat dan terus langsung kepada Allah SWT.(Nabi Muhamad SAW langsung bertemu dengan Allah ketika mengambil sembahyang.)

Baitullah ada pada manusia!Barangsiapa sembahyang tidak memasuki baitullah yang ada pada dirinya,sembahyangnya tidak ada apa hasil,apalagi untuk sampai kepada Allah SWT.
.Lahir manusia lahir sembahyang.

Ada sembahyang yang tidak diketahui oleh malaikat.
Sembahyang mengenal sembahyang.Sembahyang pula mengenal Allah,sedangkan Allah tidak akan dikenal tanpa sembahyang.

Waktu anda ruku dan sujud dalam sembahyang dibentangkan jembatan siratulmustaqim didalam diri anda yang menghubungkan dunia dengan akhirat,tetapi tiada seorang pun yang berjalan diatasnya ketika sembahyang kerana tidak mengetahui yang manakah dikatakan jembatan siratulmustaqim didalam diri manusia.

Orang yang tidak mempelajari Takbiratul-Ihram yang hakiki dan Takbir yang sesungguhnya disisi Allah,keadaannya ialah Allah tidak memperdulikan dia dikala dia sembahyang dan dia tidak pula dikatakan menyembah Allah Ta’ala kerana dia tidak menjumpai Allah dalam sembahyangnya.

Barangsiapa sembahyang tidak tenguk Tuhan,maka sembahyangnya tidak sah.Tetapi sesiapa yang mengatakan dia tenguk Tuhan ada bentuknya,maka orang itu fasik,tujuh kali kafir orang yang kafir.

Tersebutlah tentang Ja'afar bin Muhamad(As-Shadiq) dalam rangkaian ucapannya ketika ditanya:"Apakah engkau melihat Allah disaat menyembahNYA?Beliau menjawab:"Aku telah melihat Allah kemudian aku menyembahNYA-"Bagaimana engkau telah melihatNYA" Beliau menjawab "Tiada IA dapat dilihat dengan mata,kerana terbatasnya penglihatan,akan tetapi dengan penglihatan hati yang dapat memandang penuh dengan kebenaran dan keyakinan.

Dan ayat Al-Quran ini perlu direnung secara mendalam:
"Sesungguhnya bukan matanya yang buta,tetapi hatinya yang ada didalam rongga dadanya."(Al-Haj 22:46)

Yang dinamakan sesat bukan hanya orang yang tidak mempercayai adanya Allah,tetapi yang lebih sesat ialah orang yang tidak mengetahui dan menjumpai Allah dikala dia sembahyang,apalagi dikala nafas terakhirnya,andaikata tidak juga ia mengetahui jalan untuk kembali kepada Allah,maka itu lebih sesat lagi.

Telah berkata setengah arifin (ahli ilmu makrifah iaitu ilmu mengenalAllah Ta’ala): “Orang yang tidak mempunyai bahgian dari ilmu mukasyafah ini,aku takut akan buruk kesudahannya (tidak memperoleh husnul-khatimah).sekurang-kurangnya bahgian daripadanya ialah membenarkan ilmu itu dan tunduk kepada ahlinya.”
Barangsiapa tidak mempelajari cara bertakbir yang hakiki(perlaksanaan takbiratul-Ihram) maka akan sesat dia dipintu kubur yang ada pada dirinya,lebih2 lagi di arasy dikala rohnya akan berpisah dari jasad,disitulah dia akan menyesal kerana tidak mempelajarinya.

Barangsiapa tidak mengetahui rahsia Takbir(perlaksanaan takbiratul-Ihram) maka sembahyangnya menjadi perbuatan yang sesat pada dirinya. Sebelum sembahyang darimana kamu? Semasa sembahyang dimana kamu? Habis sembahyang dimanakah kamu sampai?-Hadis Sufi.

Allah SWT itu tersembunyi daripada kamu tetapi rahsiaNYA ada pada kamu dan ada pada semua mahkluk dialam ini,tetapi rahsia itu sendiri dirahsiakan daripada kamu dan jika kamu mengetahui rahsiamu maka menjadi tanggungjawabmu untuk memahami dan mempelajari bagaimana rahsiamu itu digunakan untuk memahami RahsiaNYA.
Dua tidak bercerai dan tiga tiada berbeza.

Jangan sangka Neraka itu hanya didekatkan pada manusia yang nyata melakukan maksiat,tetapi Neraka juga akan didekatkan pada manusia yang beramal ibadat (sembahyang) tanpa usul periksa.

Orang yang sembahyang bercita-cita masuk Sorga adalah orang yang bodoh,tetapi orang yang sembahyang tidak masuk Sorga adalah orang yang sesat.

Sesungguhnya kami tidak menyembah,apa yang tidak kami ketahui.
Tahukah kamu siapakah yang dikatakan ulama pewaris ilmu Nabi-Nabi?Iaitu ulama yang mengetahui pelajaran Nabi Zahir dan Batin.Dan yang Zahir itu Syariat dan yang Batin itu Tarekat.Andaikata ada padanya Syariat dan Tarekat tiada halangan baginya untuk mencapai Hakikat iaitu manusia golongan Wali,sedangkan pelajaran Wali-Wali adalah Makrifat.

Sesiapa yang memusuhi Wali-WaliKU akan AKU umumkan perang kepadanya.
Setakat manakah manusia dapat mengakui dirinya sebagai Tuhan?Sudahkah dia mengenal ROH(hakikat dirinya)?Kalau belum mengenal jangan sekali-kali berani mengakui sudah mengenal Allah SWT.

Hanya dua rakaat sembahyang yang sampai kepada Allah SWT.
Ada tujuh pintu langit cuma dua pintu yang melihat Akhirat.
Muhamad itu rahsiaKU(Allah) dan AKU(Allah) adalah HA-Rahsia Muhamad.
Siapa Muhamad?Dan Siapa Nabi Muhamad?

Mana-mana pelajaran Tarekat jika tidak berasal dari Quran dan Hadis tertolak.

21:31:35 Monday, May 04, 2009

No comments:

Post a Comment