Friday, October 30, 2009

MENYINGKAP FAHAMAN KEROHANIAN TAREKAT SUFI
Berkata seorang Sufi:’’Tidak ada orang yang dapat menilai jalan kerohanian kecuali mereka yang duduk didalam Makrifat (pelajaran mengenal Allah).

Ramai yang mengakui sudah mencapai Makrifat kerana hanya pandai bercerita atau hanya membaca buku2 makrifat,tetapi tidak memahami MAKRIFAT.

Ilmu Syariat itu lebih nyata dan bersifat zahir,oleh itu ramai orang dapat menilai Syariat tetapi ilmu Syariat adalah untuk manusia dan bukan untuk disisi Allah Ta’ala.’’

Yang pertama ditanya tentang kebaikan ialah sembahyang dan yang pertama ditanya tentang keburukan ialah pembunuhan jiwa..

Kebanyakan orang yang sembahyang yang sangat dijaganya ialah kebagusan bacaannya dan elok rukun sembahyangnya (rukun 13).Tetapi sedikitpun dia tidak memikirkan bagaimana sembahyangnya itu dapat terus sampai kepada Allah tanpa perantaraan malaikat.

Sembahyang yang hakiki tidak diketahui oleh malaikat dan terus langsung kepada Allah SWT.(Nabi Muhamad SAW langsung bertemu dengan Allah ketika mengambil sembahyang.)

Baitullah ada pada manusia!Barangsiapa sembahyang tidak memasuki baitullah yang ada pada dirinya,sembahyangnya tidak ada apa hasil,apalagi untuk sampai kepada Allah SWT.
.Lahir manusia lahir sembahyang.

Ada sembahyang yang tidak diketahui oleh malaikat.
Sembahyang mengenal sembahyang.Sembahyang pula mengenal Allah,sedangkan Allah tidak akan dikenal tanpa sembahyang.

Waktu anda ruku dan sujud dalam sembahyang dibentangkan jembatan siratulmustaqim didalam diri anda yang menghubungkan dunia dengan akhirat,tetapi tiada seorang pun yang berjalan diatasnya ketika sembahyang kerana tidak mengetahui yang manakah dikatakan jembatan siratulmustaqim didalam diri manusia.

Orang yang tidak mempelajari Takbiratul-Ihram yang hakiki dan Takbir yang sesungguhnya disisi Allah,keadaannya ialah Allah tidak memperdulikan dia dikala dia sembahyang dan dia tidak pula dikatakan menyembah Allah Ta’ala kerana dia tidak menjumpai Allah dalam sembahyangnya.

Barangsiapa sembahyang tidak tenguk Tuhan,maka sembahyangnya tidak sah.Tetapi sesiapa yang mengatakan dia tenguk Tuhan ada bentuknya,maka orang itu fasik,tujuh kali kafir orang yang kafir.

Tersebutlah tentang Ja'afar bin Muhamad(As-Shadiq) dalam rangkaian ucapannya ketika ditanya:"Apakah engkau melihat Allah disaat menyembahNYA?Beliau menjawab:"Aku telah melihat Allah kemudian aku menyembahNYA-"Bagaimana engkau telah melihatNYA" Beliau menjawab "Tiada IA dapat dilihat dengan mata,kerana terbatasnya penglihatan,akan tetapi dengan penglihatan hati yang dapat memandang penuh dengan kebenaran dan keyakinan.

Dan ayat Al-Quran ini perlu direnung secara mendalam:
"Sesungguhnya bukan matanya yang buta,tetapi hatinya yang ada didalam rongga dadanya."(Al-Haj 22:46)

Yang dinamakan sesat bukan hanya orang yang tidak mempercayai adanya Allah,tetapi yang lebih sesat ialah orang yang tidak mengetahui dan menjumpai Allah dikala dia sembahyang,apalagi dikala nafas terakhirnya,andaikata tidak juga ia mengetahui jalan untuk kembali kepada Allah,maka itu lebih sesat lagi.

Telah berkata setengah arifin (ahli ilmu makrifah iaitu ilmu mengenalAllah Ta’ala): “Orang yang tidak mempunyai bahgian dari ilmu mukasyafah ini,aku takut akan buruk kesudahannya (tidak memperoleh husnul-khatimah).sekurang-kurangnya bahgian daripadanya ialah membenarkan ilmu itu dan tunduk kepada ahlinya.”
Barangsiapa tidak mempelajari cara bertakbir yang hakiki(perlaksanaan takbiratul-Ihram) maka akan sesat dia dipintu kubur yang ada pada dirinya,lebih2 lagi di arasy dikala rohnya akan berpisah dari jasad,disitulah dia akan menyesal kerana tidak mempelajarinya.

Barangsiapa tidak mengetahui rahsia Takbir(perlaksanaan takbiratul-Ihram) maka sembahyangnya menjadi perbuatan yang sesat pada dirinya. Sebelum sembahyang darimana kamu? Semasa sembahyang dimana kamu? Habis sembahyang dimanakah kamu sampai?-Hadis Sufi.

Allah SWT itu tersembunyi daripada kamu tetapi rahsiaNYA ada pada kamu dan ada pada semua mahkluk dialam ini,tetapi rahsia itu sendiri dirahsiakan daripada kamu dan jika kamu mengetahui rahsiamu maka menjadi tanggungjawabmu untuk memahami dan mempelajari bagaimana rahsiamu itu digunakan untuk memahami RahsiaNYA.
Dua tidak bercerai dan tiga tiada berbeza.

Jangan sangka Neraka itu hanya didekatkan pada manusia yang nyata melakukan maksiat,tetapi Neraka juga akan didekatkan pada manusia yang beramal ibadat (sembahyang) tanpa usul periksa.

Orang yang sembahyang bercita-cita masuk Sorga adalah orang yang bodoh,tetapi orang yang sembahyang tidak masuk Sorga adalah orang yang sesat.

Sesungguhnya kami tidak menyembah,apa yang tidak kami ketahui.
Tahukah kamu siapakah yang dikatakan ulama pewaris ilmu Nabi-Nabi?Iaitu ulama yang mengetahui pelajaran Nabi Zahir dan Batin.Dan yang Zahir itu Syariat dan yang Batin itu Tarekat.Andaikata ada padanya Syariat dan Tarekat tiada halangan baginya untuk mencapai Hakikat iaitu manusia golongan Wali,sedangkan pelajaran Wali-Wali adalah Makrifat.

Sesiapa yang memusuhi Wali-WaliKU akan AKU umumkan perang kepadanya.
Setakat manakah manusia dapat mengakui dirinya sebagai Tuhan?Sudahkah dia mengenal ROH(hakikat dirinya)?Kalau belum mengenal jangan sekali-kali berani mengakui sudah mengenal Allah SWT.

Hanya dua rakaat sembahyang yang sampai kepada Allah SWT.
Ada tujuh pintu langit cuma dua pintu yang melihat Akhirat.
Muhamad itu rahsiaKU(Allah) dan AKU(Allah) adalah HA-Rahsia Muhamad.
Siapa Muhamad?Dan Siapa Nabi Muhamad?

Mana-mana pelajaran Tarekat jika tidak berasal dari Quran dan Hadis tertolak.

21:31:35 Monday, May 04, 2009

Sunday, September 6, 2009

PERKATAAN DARI ARIFIN

Perkataan dari arifin



Telah berkata setengah arifin (ahli ilmu makrifah iaitu ilmu mengenal
Allah Ta’ala): “Orang yang tidak mempunyai bahgian dari ilmu
mukasyafah ini,aku takut akan buruk kesudahannya (tidak memperoleh
husnul-khatimah).sekurang-
kurangnya bahgian daripadanya ialah
membenarkan ilmu itu dan tunduk kepada ahlinya.”



{Yang dinamakan sesat bukan hanya orang yang tidak mempercayai adanya
Allah,tetapi yang lebih sesat ialah orang yang tidak mengetahui dan
menjumpai Allah dikala dia sembahyang,apalagi dikala nafas
terakhirnya,andaikata tidak juga dia mengetahui jalan untuk kembali
kepada Allah,maka itu lebih sesat lagi.}-penyusun.



Firman Allah Ta’ala: ‘Adakah engkau melihat orang yang mengambil
hawanafsunya menjadi Tuhannya.”(s.Al-Jatsiyah,ayat 23).

Bersabda Nabi SAW: “Tuhan yang disembah di bumi yang sangat-sangat
dimarahi Allah Ta’ala ialah hawanafsu.”



Orang bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah! Amalan apakah yang
lebih baik?”Maka Nabi SAW menjawab: “Ilmu mengenai Allah ‘Azza wa
Jalla(Maha Mulia dan Maha Besar).

Bertanya lagi orang itu: “Ilmu apakah engkau kehendaki?”

Nabi saw menjawab: “Ilmu mengenai Allah SWT.’Berkata orang itu lagi:
“Kami bertanya tentang amal,lantas engkau menjawab tentang ilmu’.

Maka Nabi SAW menjawab: “Bahwa sedikit amal adalah berfaedah dengan
disertai ilmu mengenai Allah.Dan bahwa banyak amal tidak berfaedah
bila disertai kebodohan mengenai Allah SWT”.-HADIS.

{BARANGSIAPA SEMBAHYANG TIDAK MELIHAT TUHANNYA SEMBAHYANGNYA BATAL DAN
SIA-SIA.}-penyusun.



Adapun ilmu yang terpuji setinggi-tingginya ialah ilmu mengenai Allah
Ta’ala,SifatNya,AfaalNya,sunnahNya dalam menjadikan makhluknya.Inilah
ilmu yang dicari kerana ilmu itu sendiri kerananya tercapai kebahgiaan
akhirat.Inilah ilmu maknun

(ilmu yang tersembunyi) yang tidak ditulis di halaman kitab.Yang
menolong untuk mengetahuinya ialah dengan jalan berlajar dan
menyaksikan hal ihwal keadaan ulama akhirat.



Kemenangan dengan kebahagiaan tidak diperoleh selain orang-orang yang
mengenal Allah Ta’ala.Iaitu: orang-orang muqarabin.



Maka tidak layak orang buta memimpin dan menunjuk jalan kepada sesama buta.



Sebahgian ulama berkata:”Barangsiapa memperhatikan aku pada tingkat
permulaan (al-bidayah),jadilah dia orang benar (shiddiq).Dan
barangsiapa memperhatikan aku pada tingkat penghabisan
(an-nihayah),maka jadilah dia orang zindiq.”



Kerana tingkat penghabisan itu,mengembalikan semua amlan kepada batin
dan segala anggota badan tetap tidak bergerak,selain dari amlan fardu
yang ditentukan.Maka terlihatlah bagi orang yang melihat bahwa tingkat
penghabisan itu suatu perbuatan batil,malas dan lengah.Amat jauhlah
dari itu.

Yang demekian itu adalah ikatan hati dalam pandangan kesaksian dan
kehadiran hati kepada Allah Ta’ala dan membiasakan berzikir yang terus
menerus menjadi amalan utama.



Yang dimaksudkan dengan ilmu akhirat ada dua: ilmu muamalah dan ilmu mukasyafah.

Tujuan dari ilmu muamalah ialah ke tingkat ilmu mukasyafah.Dan tujuan
dari ilmu mukasyafah ialah mengenal Allah Ta’ala.



Tidaklah saya maksudkan dengan itu akan akidah (iktikad) yang dianut
orang awam dengan jalan pusaka atau pelajaran.Atau cara penyusunan
kata-kata dan perdebatan untuk mengkukuhkan ilmu kalam dari serangan
lawan seperti tujuan ahli ilmu kalam.



Yang dimaksudkan ialah suatu macam keyakinan iaitu hasil dari nur yang
dicurahkan Tuhan ke dalam hati hambaNya yang sudah mensucikan batin
dari segala kotoran dengan mujahadah (berjihad melawan
hawanafsu).Sehingga sampailah dia ketingkat keimanan Saidina Abu Bakar
ra,yang kalau ditimbang dengan keimanan penduduk alam seluruhnya,maka
lebih beratlah keimanan Abu Bakar itu seperti yang diakui oleh Nabi
SAW sendiri.



Maka ketahuilah bahwa yang berjalan kepada Allah untuk mencapai
dekatNya adalah hati bukan badan.Tidaklah saya maksudkan dengan hati
itu daging yang biasa dapat dilihat.Tetapi adalah suatu rahasia (sir)
dari rahasia Allah ‘Azza wa Jalla yang tidak diketahui oleh
pancaindera manusia.Suatu yang halus dari segala yang halus kepunyaan
Allah.Sekali disebut dengan kata “roh”,sesekali disebut dengan
kata-kata “an-nafsul muthmainah” (jiwa yang tenteram).Agama
menyebutkanya dengan hati (al-qalb) kerana hatilah kenderaan pertama
bagi rahasia itu.Dan dengan perantaraan hati maka seluruh badan
menjadi kenderaan dan alat kenderaan untuk tubuh halus itu.Dan
menyingkap tutup dari sirr tersebut adalah sbahgian dari ilmu
mukasyafah.Payah diperoleh bahkan tidak mudah menerangkannya.{iaitu
PELAJARAN TAREKAT}-penyusun.

Paling tinggi yang diperbolehkan hanya dapat dikatakan bahwa hati
(al-qalb) itu suatu dzat (jauhar) yang amat bernilai,suatu mutiara
yang amat mulia.lebih mulia dari segala benda yang dapat dilihat
dengan mata.Dia itu,urusan ketuhanan (amrun ilahi),seperti firmanNya:
“Dan ditanyakan mereka akan engkau (Muhamad) tentang roh,maka
jawablah: Roh itu urusan Tuhanku (min amri rabbi)”. (S.Al-Isra’,ayat
85.)



Seluruh mahluk dihubungkan (mansubah) kepada Tuhan.Tetapi hubungan roh
kepadNya adalah lebih mulia dari hubungan seluruh anggota badan yang
lain.Kepunyaan Allah seluruhnya mahluk dan roh.

Roh lebih tinggi dari mahluk yang lain.Dzat yang amat bernilai itu
yang membawa amanah Allah,suatu tugas yang pernah ditawarkan kepada
langit,bumi dan bukit bakau tetapi enggan menerimanya dan takut kepada
dzat yang bernilai itu.{AMANAH ALLAH ITU IALAH SEMBAHYANG/BUKAN
BERSEMBAHYANG}-penyusun.



Dan janganlah difahamkan ,seakan-akan dibayangkan dzat itu
qadim.{orang arif berkata:IA BUKAN TUHAN DAN BUKAN HAMBA}-penyusun.

Orang yang mengatakan dengan qadim roh adalah orang yang tertipu dan
bodoh,tak mengerti apa yang harus dikatakannya.Al-Ghazali memendekan
penjelasan ini kerana diluar acara yang sebenarnya.(pelajaran
hakikat)-penyusun.



Maksudnya bahwa tubuh halus itu ialah berusaha mendekati Tuhan,kerana
dia dari urusan Tuhan.Dari Tuhan sumbernya dan kepada Tuhan
kembalinya.



Berkata penyair:



Apakah saya hamburkan mutiara,

Dihadapan pengembala domba?

Lalu jadilah dia tersimpan,

Dalam gudang penternak hewan?



Mereka itu tidak tahu.

Akan harga mutiara.

Dari itu saya tidak mahu,

Menggantungkannya pada leher mereka…….



Kalau kiranya Tuhan,

Mencurahkan belas kasihan

Lalu terjumpa ahli ilmu pengetahuan.



Saya akan siarkan ilmu berfaedah,

Saya akan memperoleh cinta mahabbah,

Kalau tidak begitu………

Biarlah tersimpan dan tersembunyi dalam dadaku!



Memberikan ilmu kepada orang bodoh

Adalah mensia-siakannya.

Tak mahu memberikannya kepada yang berhak,

adalah menganiayakanya.



27/6/2009 @1101 HRS.

Saturday, September 5, 2009

AKHLAK KAUM SUFI

Untuk renungan!

Adalah sebahgian ulama mengutamakan makanannya kepada orang2 sufi yang fakir.Lalu orang bertanya kepadanya:" Kalau tuan ratakan pemberian tuan itu kepada semua orang fakir,tentu lebih baik"
Ulama itu menjawab:"Tidak! Cita2 dari fakir yang sufi itu semata kerana Allah Ta'ala.Kalau datang kemiskinan kepada mereka niscaya hancurlah cita2 seorang mereka.Dari itu aku lebih suka mengembalikan cita2 seseorang kepada Allah 'Azza wa Jalla,daripada memberikan kepada seribu orang yang cita2nya duniawi."

Ucapan yang diatas ini disampaikan orang kepada Al-Junaid.Al-Junaid berkata:"Yang mengucapkan kata2 ini adalah salah seorang dari aulia Allah Ta'ala."dan belum pernah aku mendengar sejak dulu,perkataan yang lebih baik daripada ini!."

Kemudian diceritakan bahwa ulama yang mengucapkan kata2 tadi,telah rosak perniagaannya.Ia bercita-cita meninggalkan tokonya,lalu Junaid mengirimkan bantuan harta kepadanya dan berpesan:"Jadilah harta ini modalmu!Janganlah engkau tinggalkan toko itu,kerana berniaga tidaklah mendatangkan melarat bagi orang yang seperti engkau.!

Ulama itu adalah penjual sayur-sayuran,tidak mahu mengambil pembayaran dari orang2 fakir yang membelinya padanya.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan..ya..Ramadhan bagi ahlul Sufi

Dalam bulan Ramadhan ini kita menukar waktu makan..selalunya kita makan di siang hari,kini kita makan pada selepas Maghrib.

Kita "Overhaul" perut kita setelah dalam lingkungan 28 hari untuk menunaikan kewajipan kita sebagai Melayu yang Islam...

Puasa jua mengajar kita menghadapi MATI dan Nazak kerana masa itu wang ringgit tidak perlu lagi cuma yang tinggal adalah ZKIRULLAH .

Puasa adalah jambatan "Muhammad" ke syurga makanan Roh adalah lapar dan makanan Jasad adalah Kenyang..

Semakin lama kamu lapar dalam "Zauk" semakin lama Roh kenyang..

Fana Ul-Fana,
Fana Ul-Baqa,
Baqa Ul-Baqa,
Baqa Ul-Billah,
W A H I D.

Tuesday, August 11, 2009

Sembahlah Aku

Sembahlah Aku seolah-olah engkau melihat Aku...
Kalau kamu tidak melihat Aku, Aku akan melihat engkau..