Friday, October 30, 2009

MENYINGKAP FAHAMAN KEROHANIAN TAREKAT SUFI
Berkata seorang Sufi:’’Tidak ada orang yang dapat menilai jalan kerohanian kecuali mereka yang duduk didalam Makrifat (pelajaran mengenal Allah).

Ramai yang mengakui sudah mencapai Makrifat kerana hanya pandai bercerita atau hanya membaca buku2 makrifat,tetapi tidak memahami MAKRIFAT.

Ilmu Syariat itu lebih nyata dan bersifat zahir,oleh itu ramai orang dapat menilai Syariat tetapi ilmu Syariat adalah untuk manusia dan bukan untuk disisi Allah Ta’ala.’’

Yang pertama ditanya tentang kebaikan ialah sembahyang dan yang pertama ditanya tentang keburukan ialah pembunuhan jiwa..

Kebanyakan orang yang sembahyang yang sangat dijaganya ialah kebagusan bacaannya dan elok rukun sembahyangnya (rukun 13).Tetapi sedikitpun dia tidak memikirkan bagaimana sembahyangnya itu dapat terus sampai kepada Allah tanpa perantaraan malaikat.

Sembahyang yang hakiki tidak diketahui oleh malaikat dan terus langsung kepada Allah SWT.(Nabi Muhamad SAW langsung bertemu dengan Allah ketika mengambil sembahyang.)

Baitullah ada pada manusia!Barangsiapa sembahyang tidak memasuki baitullah yang ada pada dirinya,sembahyangnya tidak ada apa hasil,apalagi untuk sampai kepada Allah SWT.
.Lahir manusia lahir sembahyang.

Ada sembahyang yang tidak diketahui oleh malaikat.
Sembahyang mengenal sembahyang.Sembahyang pula mengenal Allah,sedangkan Allah tidak akan dikenal tanpa sembahyang.

Waktu anda ruku dan sujud dalam sembahyang dibentangkan jembatan siratulmustaqim didalam diri anda yang menghubungkan dunia dengan akhirat,tetapi tiada seorang pun yang berjalan diatasnya ketika sembahyang kerana tidak mengetahui yang manakah dikatakan jembatan siratulmustaqim didalam diri manusia.

Orang yang tidak mempelajari Takbiratul-Ihram yang hakiki dan Takbir yang sesungguhnya disisi Allah,keadaannya ialah Allah tidak memperdulikan dia dikala dia sembahyang dan dia tidak pula dikatakan menyembah Allah Ta’ala kerana dia tidak menjumpai Allah dalam sembahyangnya.

Barangsiapa sembahyang tidak tenguk Tuhan,maka sembahyangnya tidak sah.Tetapi sesiapa yang mengatakan dia tenguk Tuhan ada bentuknya,maka orang itu fasik,tujuh kali kafir orang yang kafir.

Tersebutlah tentang Ja'afar bin Muhamad(As-Shadiq) dalam rangkaian ucapannya ketika ditanya:"Apakah engkau melihat Allah disaat menyembahNYA?Beliau menjawab:"Aku telah melihat Allah kemudian aku menyembahNYA-"Bagaimana engkau telah melihatNYA" Beliau menjawab "Tiada IA dapat dilihat dengan mata,kerana terbatasnya penglihatan,akan tetapi dengan penglihatan hati yang dapat memandang penuh dengan kebenaran dan keyakinan.

Dan ayat Al-Quran ini perlu direnung secara mendalam:
"Sesungguhnya bukan matanya yang buta,tetapi hatinya yang ada didalam rongga dadanya."(Al-Haj 22:46)

Yang dinamakan sesat bukan hanya orang yang tidak mempercayai adanya Allah,tetapi yang lebih sesat ialah orang yang tidak mengetahui dan menjumpai Allah dikala dia sembahyang,apalagi dikala nafas terakhirnya,andaikata tidak juga ia mengetahui jalan untuk kembali kepada Allah,maka itu lebih sesat lagi.

Telah berkata setengah arifin (ahli ilmu makrifah iaitu ilmu mengenalAllah Ta’ala): “Orang yang tidak mempunyai bahgian dari ilmu mukasyafah ini,aku takut akan buruk kesudahannya (tidak memperoleh husnul-khatimah).sekurang-kurangnya bahgian daripadanya ialah membenarkan ilmu itu dan tunduk kepada ahlinya.”
Barangsiapa tidak mempelajari cara bertakbir yang hakiki(perlaksanaan takbiratul-Ihram) maka akan sesat dia dipintu kubur yang ada pada dirinya,lebih2 lagi di arasy dikala rohnya akan berpisah dari jasad,disitulah dia akan menyesal kerana tidak mempelajarinya.

Barangsiapa tidak mengetahui rahsia Takbir(perlaksanaan takbiratul-Ihram) maka sembahyangnya menjadi perbuatan yang sesat pada dirinya. Sebelum sembahyang darimana kamu? Semasa sembahyang dimana kamu? Habis sembahyang dimanakah kamu sampai?-Hadis Sufi.

Allah SWT itu tersembunyi daripada kamu tetapi rahsiaNYA ada pada kamu dan ada pada semua mahkluk dialam ini,tetapi rahsia itu sendiri dirahsiakan daripada kamu dan jika kamu mengetahui rahsiamu maka menjadi tanggungjawabmu untuk memahami dan mempelajari bagaimana rahsiamu itu digunakan untuk memahami RahsiaNYA.
Dua tidak bercerai dan tiga tiada berbeza.

Jangan sangka Neraka itu hanya didekatkan pada manusia yang nyata melakukan maksiat,tetapi Neraka juga akan didekatkan pada manusia yang beramal ibadat (sembahyang) tanpa usul periksa.

Orang yang sembahyang bercita-cita masuk Sorga adalah orang yang bodoh,tetapi orang yang sembahyang tidak masuk Sorga adalah orang yang sesat.

Sesungguhnya kami tidak menyembah,apa yang tidak kami ketahui.
Tahukah kamu siapakah yang dikatakan ulama pewaris ilmu Nabi-Nabi?Iaitu ulama yang mengetahui pelajaran Nabi Zahir dan Batin.Dan yang Zahir itu Syariat dan yang Batin itu Tarekat.Andaikata ada padanya Syariat dan Tarekat tiada halangan baginya untuk mencapai Hakikat iaitu manusia golongan Wali,sedangkan pelajaran Wali-Wali adalah Makrifat.

Sesiapa yang memusuhi Wali-WaliKU akan AKU umumkan perang kepadanya.
Setakat manakah manusia dapat mengakui dirinya sebagai Tuhan?Sudahkah dia mengenal ROH(hakikat dirinya)?Kalau belum mengenal jangan sekali-kali berani mengakui sudah mengenal Allah SWT.

Hanya dua rakaat sembahyang yang sampai kepada Allah SWT.
Ada tujuh pintu langit cuma dua pintu yang melihat Akhirat.
Muhamad itu rahsiaKU(Allah) dan AKU(Allah) adalah HA-Rahsia Muhamad.
Siapa Muhamad?Dan Siapa Nabi Muhamad?

Mana-mana pelajaran Tarekat jika tidak berasal dari Quran dan Hadis tertolak.

21:31:35 Monday, May 04, 2009

Sunday, September 6, 2009

PERKATAAN DARI ARIFIN

Perkataan dari arifin



Telah berkata setengah arifin (ahli ilmu makrifah iaitu ilmu mengenal
Allah Ta’ala): “Orang yang tidak mempunyai bahgian dari ilmu
mukasyafah ini,aku takut akan buruk kesudahannya (tidak memperoleh
husnul-khatimah).sekurang-
kurangnya bahgian daripadanya ialah
membenarkan ilmu itu dan tunduk kepada ahlinya.”



{Yang dinamakan sesat bukan hanya orang yang tidak mempercayai adanya
Allah,tetapi yang lebih sesat ialah orang yang tidak mengetahui dan
menjumpai Allah dikala dia sembahyang,apalagi dikala nafas
terakhirnya,andaikata tidak juga dia mengetahui jalan untuk kembali
kepada Allah,maka itu lebih sesat lagi.}-penyusun.



Firman Allah Ta’ala: ‘Adakah engkau melihat orang yang mengambil
hawanafsunya menjadi Tuhannya.”(s.Al-Jatsiyah,ayat 23).

Bersabda Nabi SAW: “Tuhan yang disembah di bumi yang sangat-sangat
dimarahi Allah Ta’ala ialah hawanafsu.”



Orang bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah! Amalan apakah yang
lebih baik?”Maka Nabi SAW menjawab: “Ilmu mengenai Allah ‘Azza wa
Jalla(Maha Mulia dan Maha Besar).

Bertanya lagi orang itu: “Ilmu apakah engkau kehendaki?”

Nabi saw menjawab: “Ilmu mengenai Allah SWT.’Berkata orang itu lagi:
“Kami bertanya tentang amal,lantas engkau menjawab tentang ilmu’.

Maka Nabi SAW menjawab: “Bahwa sedikit amal adalah berfaedah dengan
disertai ilmu mengenai Allah.Dan bahwa banyak amal tidak berfaedah
bila disertai kebodohan mengenai Allah SWT”.-HADIS.

{BARANGSIAPA SEMBAHYANG TIDAK MELIHAT TUHANNYA SEMBAHYANGNYA BATAL DAN
SIA-SIA.}-penyusun.



Adapun ilmu yang terpuji setinggi-tingginya ialah ilmu mengenai Allah
Ta’ala,SifatNya,AfaalNya,sunnahNya dalam menjadikan makhluknya.Inilah
ilmu yang dicari kerana ilmu itu sendiri kerananya tercapai kebahgiaan
akhirat.Inilah ilmu maknun

(ilmu yang tersembunyi) yang tidak ditulis di halaman kitab.Yang
menolong untuk mengetahuinya ialah dengan jalan berlajar dan
menyaksikan hal ihwal keadaan ulama akhirat.



Kemenangan dengan kebahagiaan tidak diperoleh selain orang-orang yang
mengenal Allah Ta’ala.Iaitu: orang-orang muqarabin.



Maka tidak layak orang buta memimpin dan menunjuk jalan kepada sesama buta.



Sebahgian ulama berkata:”Barangsiapa memperhatikan aku pada tingkat
permulaan (al-bidayah),jadilah dia orang benar (shiddiq).Dan
barangsiapa memperhatikan aku pada tingkat penghabisan
(an-nihayah),maka jadilah dia orang zindiq.”



Kerana tingkat penghabisan itu,mengembalikan semua amlan kepada batin
dan segala anggota badan tetap tidak bergerak,selain dari amlan fardu
yang ditentukan.Maka terlihatlah bagi orang yang melihat bahwa tingkat
penghabisan itu suatu perbuatan batil,malas dan lengah.Amat jauhlah
dari itu.

Yang demekian itu adalah ikatan hati dalam pandangan kesaksian dan
kehadiran hati kepada Allah Ta’ala dan membiasakan berzikir yang terus
menerus menjadi amalan utama.



Yang dimaksudkan dengan ilmu akhirat ada dua: ilmu muamalah dan ilmu mukasyafah.

Tujuan dari ilmu muamalah ialah ke tingkat ilmu mukasyafah.Dan tujuan
dari ilmu mukasyafah ialah mengenal Allah Ta’ala.



Tidaklah saya maksudkan dengan itu akan akidah (iktikad) yang dianut
orang awam dengan jalan pusaka atau pelajaran.Atau cara penyusunan
kata-kata dan perdebatan untuk mengkukuhkan ilmu kalam dari serangan
lawan seperti tujuan ahli ilmu kalam.



Yang dimaksudkan ialah suatu macam keyakinan iaitu hasil dari nur yang
dicurahkan Tuhan ke dalam hati hambaNya yang sudah mensucikan batin
dari segala kotoran dengan mujahadah (berjihad melawan
hawanafsu).Sehingga sampailah dia ketingkat keimanan Saidina Abu Bakar
ra,yang kalau ditimbang dengan keimanan penduduk alam seluruhnya,maka
lebih beratlah keimanan Abu Bakar itu seperti yang diakui oleh Nabi
SAW sendiri.



Maka ketahuilah bahwa yang berjalan kepada Allah untuk mencapai
dekatNya adalah hati bukan badan.Tidaklah saya maksudkan dengan hati
itu daging yang biasa dapat dilihat.Tetapi adalah suatu rahasia (sir)
dari rahasia Allah ‘Azza wa Jalla yang tidak diketahui oleh
pancaindera manusia.Suatu yang halus dari segala yang halus kepunyaan
Allah.Sekali disebut dengan kata “roh”,sesekali disebut dengan
kata-kata “an-nafsul muthmainah” (jiwa yang tenteram).Agama
menyebutkanya dengan hati (al-qalb) kerana hatilah kenderaan pertama
bagi rahasia itu.Dan dengan perantaraan hati maka seluruh badan
menjadi kenderaan dan alat kenderaan untuk tubuh halus itu.Dan
menyingkap tutup dari sirr tersebut adalah sbahgian dari ilmu
mukasyafah.Payah diperoleh bahkan tidak mudah menerangkannya.{iaitu
PELAJARAN TAREKAT}-penyusun.

Paling tinggi yang diperbolehkan hanya dapat dikatakan bahwa hati
(al-qalb) itu suatu dzat (jauhar) yang amat bernilai,suatu mutiara
yang amat mulia.lebih mulia dari segala benda yang dapat dilihat
dengan mata.Dia itu,urusan ketuhanan (amrun ilahi),seperti firmanNya:
“Dan ditanyakan mereka akan engkau (Muhamad) tentang roh,maka
jawablah: Roh itu urusan Tuhanku (min amri rabbi)”. (S.Al-Isra’,ayat
85.)



Seluruh mahluk dihubungkan (mansubah) kepada Tuhan.Tetapi hubungan roh
kepadNya adalah lebih mulia dari hubungan seluruh anggota badan yang
lain.Kepunyaan Allah seluruhnya mahluk dan roh.

Roh lebih tinggi dari mahluk yang lain.Dzat yang amat bernilai itu
yang membawa amanah Allah,suatu tugas yang pernah ditawarkan kepada
langit,bumi dan bukit bakau tetapi enggan menerimanya dan takut kepada
dzat yang bernilai itu.{AMANAH ALLAH ITU IALAH SEMBAHYANG/BUKAN
BERSEMBAHYANG}-penyusun.



Dan janganlah difahamkan ,seakan-akan dibayangkan dzat itu
qadim.{orang arif berkata:IA BUKAN TUHAN DAN BUKAN HAMBA}-penyusun.

Orang yang mengatakan dengan qadim roh adalah orang yang tertipu dan
bodoh,tak mengerti apa yang harus dikatakannya.Al-Ghazali memendekan
penjelasan ini kerana diluar acara yang sebenarnya.(pelajaran
hakikat)-penyusun.



Maksudnya bahwa tubuh halus itu ialah berusaha mendekati Tuhan,kerana
dia dari urusan Tuhan.Dari Tuhan sumbernya dan kepada Tuhan
kembalinya.



Berkata penyair:



Apakah saya hamburkan mutiara,

Dihadapan pengembala domba?

Lalu jadilah dia tersimpan,

Dalam gudang penternak hewan?



Mereka itu tidak tahu.

Akan harga mutiara.

Dari itu saya tidak mahu,

Menggantungkannya pada leher mereka…….



Kalau kiranya Tuhan,

Mencurahkan belas kasihan

Lalu terjumpa ahli ilmu pengetahuan.



Saya akan siarkan ilmu berfaedah,

Saya akan memperoleh cinta mahabbah,

Kalau tidak begitu………

Biarlah tersimpan dan tersembunyi dalam dadaku!



Memberikan ilmu kepada orang bodoh

Adalah mensia-siakannya.

Tak mahu memberikannya kepada yang berhak,

adalah menganiayakanya.



27/6/2009 @1101 HRS.

Saturday, September 5, 2009

AKHLAK KAUM SUFI

Untuk renungan!

Adalah sebahgian ulama mengutamakan makanannya kepada orang2 sufi yang fakir.Lalu orang bertanya kepadanya:" Kalau tuan ratakan pemberian tuan itu kepada semua orang fakir,tentu lebih baik"
Ulama itu menjawab:"Tidak! Cita2 dari fakir yang sufi itu semata kerana Allah Ta'ala.Kalau datang kemiskinan kepada mereka niscaya hancurlah cita2 seorang mereka.Dari itu aku lebih suka mengembalikan cita2 seseorang kepada Allah 'Azza wa Jalla,daripada memberikan kepada seribu orang yang cita2nya duniawi."

Ucapan yang diatas ini disampaikan orang kepada Al-Junaid.Al-Junaid berkata:"Yang mengucapkan kata2 ini adalah salah seorang dari aulia Allah Ta'ala."dan belum pernah aku mendengar sejak dulu,perkataan yang lebih baik daripada ini!."

Kemudian diceritakan bahwa ulama yang mengucapkan kata2 tadi,telah rosak perniagaannya.Ia bercita-cita meninggalkan tokonya,lalu Junaid mengirimkan bantuan harta kepadanya dan berpesan:"Jadilah harta ini modalmu!Janganlah engkau tinggalkan toko itu,kerana berniaga tidaklah mendatangkan melarat bagi orang yang seperti engkau.!

Ulama itu adalah penjual sayur-sayuran,tidak mahu mengambil pembayaran dari orang2 fakir yang membelinya padanya.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan..ya..Ramadhan bagi ahlul Sufi

Dalam bulan Ramadhan ini kita menukar waktu makan..selalunya kita makan di siang hari,kini kita makan pada selepas Maghrib.

Kita "Overhaul" perut kita setelah dalam lingkungan 28 hari untuk menunaikan kewajipan kita sebagai Melayu yang Islam...

Puasa jua mengajar kita menghadapi MATI dan Nazak kerana masa itu wang ringgit tidak perlu lagi cuma yang tinggal adalah ZKIRULLAH .

Puasa adalah jambatan "Muhammad" ke syurga makanan Roh adalah lapar dan makanan Jasad adalah Kenyang..

Semakin lama kamu lapar dalam "Zauk" semakin lama Roh kenyang..

Fana Ul-Fana,
Fana Ul-Baqa,
Baqa Ul-Baqa,
Baqa Ul-Billah,
W A H I D.

Tuesday, August 11, 2009

Sembahlah Aku

Sembahlah Aku seolah-olah engkau melihat Aku...
Kalau kamu tidak melihat Aku, Aku akan melihat engkau..

Tuesday, July 14, 2009

Halalkah buah-buahan????

Klik/Copy paste dan Baca...adakah Buah-buahan itu Halal??
Mereka menggunakan WAX untuk menyegarkan buah-buahan itu.

WAX itu juga dari "Lemak" Binatang..entah binatang apa..
di sembelih dengan cara Islam ka tidak?

Mari kita Fikirkan...


http://www.scribd.com/doc/13514892/Preservation-of-Fruits-by-Waxing


Preservation of fruits and vegetables
by wax coating
he magnitude of post harvest losses in fresh fruits and vegetables
is estimated to be 25 – 80 % depending upon the commodity and
the technological level of post harvest operations. This reflects the
lack of knowledge by post harvest handlers of the biological and environmental
factors involved in the deterioration or the absence of adequate post harvest
technologies required preserving fresh quality.
In recent years, much attention has been paid to explore the potential of
surface coating to maintain the quality of harvested fresh produce and to reduce the
volume of disposable non-biodegradable packaging materials. Many fruits develop a
waxy coat on their epidermis as they mature on the plant (apples, bananas,
mangoes, and grapes) they develop a waxy coating on the epidermis, which is either
felt or seen as a powdery bloom. Wax usually
develops when the fruit has attained 2 / 3 of its
growth. But much extraneous matter and spray
residues.
The natural waxy coat is not adequate
to offer protection against water loss and high
respiration rate. Thus the approach towards
prolonging the life of fruit / vegetable involves
restricting the rate of respiration and preventing
moisture loss. So as to maintain the vital food
elements in as near the same quality as in the
freshly picked fruit or vegetable.
T
The growing importance of fruits and vegetables in commerce has led to
development in various protective wax coatings with and without fungicides,
bactericides, growth regulators, etc., wax coating of fresh fruit and vegetable is quite
old and it has great potential in the storage and transportation of fresh produce.
Surface coatings have been used extensively on bulky organs to modify internal
atmosphere composition and thereby delay ripening, reduce the water loss, and it
improves the finish of the skin.
Post harvest losses can be reduced to some extent by, selection of varieties,
careful handling, cleaning and sorting, control of ripening process, control of
spoilage, packaging, use edible films, use of fungicide, use of ethylene absorbent,
use of sprout inhibitors, use of growth regulators, irradiation, packaging home
operations, dumping, washing and waxing.
Waxing
Waxing of fruits and vegetables is done according to the recommendations.
Food grade waxes are used to replace some of the natural; waxes removed in
washing and cleaning operations, and this helps to reduce the water loss during
handling and marketing. If produce is waxed, the wax coating is allowed to dry
thoroughly before further handling. Waxing of the produce is an old age art, which
was started in the beginning of the 19 th century. Waxing was used as a preservation
technique for fruits since 1900. Wax has been used since pre historic times. In 4200
BC, the ancient Egyptians kept bees and used the wax from honeycombs to make
models and to preserve their dead and in encaustic painting. The Romans used in
pottery making textile printing, as early as 12 th century, the Chinese were using
waxing processes on fruits, but it was not until 1922
that a waxing process was introduces for wide spread
use on fruits and vegetables.
Wax
Wax is an ester a long chain aliphatic acid
chain aliphatic alcohol. Waxes are the esters formed
from a fatty acid and a high molecular weight alcohol.
Principle involved during storage:
The produce continues respiring and uses up
all the O2 with in the fruit which is not being replaced
as quickly as before waxing because of the coating
and produces CO2, which accumulates within the fruit because it cannot escape as
easily through the coating. Eventually the fruit will switch to anaerobic respiration that
does not require O2. An aerobic respiration produces much more CO2, acetaldehyde
and ethanol. The acetaldehyde and ethanol give off – flavour to the product, which
are detrimental to the perceived quality. The natural barrier of the fruit and vegetable,
the type of wax and amount if was applied will influence the extent to which the
internal atmosphere (O2 and CO2) are modified and the level of reduction in weight
loss.
All fruits and vegetable are living organisms and as such require intake of O2
and release CO2 for respiration (aerobic). They also release vapour top the
atmosphere through
diffusion. Both these
processes create a
loss in weight of the
produce. All fruit and
vegetables are
covered naturally in a
cuticle, which is barrier
to gas exchange. The
cuticle is very
impermeable to O2,
slightly more permeable to CO2 and several magnitudes more permeable to water
vapour. Unwaxed fruit or vegetables have pores in their surface through which most
the diffusion of O2 and CO2 offers. Water vapour can move through the pores, cuticle
and micro–cracks in the cuticle. During the process of waxing a tightly adhering thin
film of the coating substance is applied to the surface f the fruit. The surface coating
is often relatively impermeable to O2 and CO2 and water.
Protective coating on fresh produce:
Human became more health conscious. This gave new awareness of fresh
fruits and vegetables, and resulted in rapidly increasing demand. Consumption of
fresh produce, to help the consumers to obtain possible product, Fruits and
vegetables are living organisms, which contain 80 - 90 % water by weight. If they are
left without cuticle, the water quickly begins to evaporate, resulting in poor product
shelf life to increase freshness and appearance. The fruit and vegetable growers
should concern about consumer safety. There are few active ingredients which when
combined with water, wetting and drying agents and form the compounds used a
protective coating. The coating may contain one or more of the following. Carnauba
wax, shellac wax, paraffin wax, candelilla wax, bees wax.
Different types of waxes
ANIMAL WAXES:
1. Bees wax.
2. Spermaceti wax
3. Shellac wax
4. Chinese insect wax
VEGETABLE WAX
1. Carnauba wax
2. Candelilla wax
3. Sugarcane wax
4. Palm wax
5. Esparto wax
6. Japan wax
7. Oricury wax
8. Waxol 0.12, is the vegetable wax manufactured by Central Food
Technological research Institute (CFTRI), Mysore.
MINERAL AND SYNTHETIC WAX
1. Ozocerite
2. Montan wax
3. Synthetic wax
Foodstuffs that are waxed are,
Fruits:
Apple Avocadoes Bell pepper Lemon Grapes
Banana Melons Oranges Lime Passion fruit
Peaches Pine apples
Vegetables:
Cucumber Tomato Sweet potato Melon
Methods of Waxing:
Four principle methods of waxing of fruits and vegetables are there,
1. Liquid Paraffin wax method:
In this method fruits and vegetables are dipped in hot paraffin. Some times
resins are added. The main disadvantage of this method is too much of coating
material is used.
2. Slab wax method:
In this case the wax is pressed against rapidly revolving brushes. But the
efficiency is very less.
3. Spray method:
Spraying of melted wax on the fruit, which is subsequently brushed
mechanically until a film of desired thickness is obtained. The wax is dissolved in a
suitable solvent. This depends on,
• The pressure employed
• Volume of wax used
• Wax temperature
• Distance of fruit from the spray
• Number of spray nozzles.
4. Dipping or cold wax method:
Fruits and vegetables are washed and then without being dried are dipped
into a wax emulsion of proper concentration. They are dried before packing. Purified
wax is odour less, tasteless and nontoxic and it can be heat- sealed.
PROPERTIES OF WAX
• Kneadable at 20° C.
• Easily emulsifiable.
• Should not impart undesirable odour.
• Should be economical.
• Efficient drying performance.
• Non-sticky or tacky.
• Should never interfere with the quality of fresh fruit / vegetable.
• Melts above 40° C without decomposition.
• Has relatively low viscosity.
• Capable of being polished by slight pressure.
• Translucent to opaque form but not like glass.
The properties of wax depend primarily on molecular structure rather than molecular
size and chemical constitution.
Purpose of waxing
• To reduce the weight loss.
• To replace the natural wax.
• To increase the appearance
• To increase the freshness
• To decrease the rate of transpiration
• To reduce the shrinkage losses.
• To inhibit mold growth.
• To prevent other physical damage and disease.
Necessary steps involved in waxing
• There should not be any production of off-flavours.
• Rapid drying of the product after waxing on the fruit.
• Manufactured from good grade materials.
• Competitive price.
During harvesting, transport, washing, grading, it can undergo some scratching or
abrasion, which removes natural layer or was and also scars the protective layer of
skin.
Lipids and Resins
Lipids and resin are added to coating formulations to reduce gas exchange,
but mainly to impart hydrophobicity (to reduce water loss) and gloss appearance.
Fruits coated with resins will develop whitening of the skin due to condensation that
develops when they are brought from cold storage to ambient conditions.
Composite and Bilayer
Several composite and bilayer films have been investigated with goal of
combining the desirable properties of different material to improve permeability
characteristics, gloss, strength, flexibility, nutritional value, and general performance
or coating formulations. Plasticizers have been incorporated into edible coatings as a
processing aid to facilitate coating application and to increase merchantability. The
most commonly used plasticizers are polyols (sorbitol and glycerol, mono, di or oligo
saccharides, lipids0. the plasticizing effect is due to their ability to reduce internal
hydrogen bonding while increase intermolecular spacing. This will reduce the
brittleness of the film but increases the permeability of water.
Several wax formulations have been developed and tasted experimentally.
Suitable emulsifiers are used to produce a wax emulsion. Synthetic or natural resins
are added to the wax emulsions to give more gloss to the treated produce. Waterwax
emulsions are safer to use than solvent waxes, which are highly flammable.
Water -wax emulsion can be used without drying the fruit prior to the treatment,
therefore washing and wax treatment can be combined. Carnauba wax, sugarcane
wax, thermoplastic terpene resins and shellac are common substances, which are
used commercially; however waxes of plant origin are preferred.
Development in wax emulsions were not limited to the formulation of new
types of wax, but also included the addition of chemical fungicide, which gave waxing
treatment an additional function. For example, biphenyl amine added to the wax
emulsion not only gave additional shine and reduced weight loss and respiration rate
of apples and pears, but also reduced the occurrence of scald. Addition of post
harvest fungicides to the wax, emulsion to control Penicillium rot in stored citrus fruits
also proved helpful.
Waxes may be applied by dipping, spraying, foaming or brushing. Foaming is
a better method of application since it leaves a very thin layer of wax on the fruit. If a
thicker layer of wax is applied to the fruit surface, it becomes an undesirable barrier
between the external and internal atmosphere and restricts exchange of respiratory
gases (CO2 and O2). This may result in anaerobic respiration, resulting in
fermentation and development of an off flavor. It is therefore necessary to adjust the
thickness of the wax coat according to the variety and storage and marketing
temperatures.
Research on the Effect of Wax Coatings
The effect of the wax emulsions Fruitex, Britex-561 and SB65 on oranges,
Kinnow, lemons and grape fruits was studied during refrigerated and non-refrigerated
storage (Farooqi et al 1988). Wax Coating of fruit improved its external appearance
by giving additional shine to the fruit surface. It reduced weight loss and kept the fruit
firmer, thus marinating its fresh look, while it reduced rates of respiration and
ethylene production, thus delaying senescence. No significant change in constituents
like Vitamin C, acidity, and sugar contents (In citrus fruit especially) were recorded
due to treatment. However higher concentration of wax resulted in the development
of off flavor in citrus fruits particularly during holding at 20° C, making this treatment
unsuitable for this fruit. It was, however found necessary to tailor the thickness of the
wax coat according to storage temperature to avoid development of off flavor.
FDA regulates these waxes, or coatings, as food additives approved or
"generally recognized as safe" for human consumption. However, some consumers
have concerns about their use. Vegetarians and others who avoid animal products
may worry that fruits and vegetables contain animal-based waxes, such as oleic acid.
Some people fear that the wax traps pesticides, making the fruit or vegetable unsafe
to eat--even though FDA's pesticide monitoring program indicates that pesticide
residues on fruits and vegetables are consistently within acceptable safe limits.
If
consumers want
to avoid waxed
fruits and
vegetables, FDA
regulations that
took effect in
1994 may help
them identify the
appropriate
products for
them. These regulations require produce packers or grocers to provide point-of-sale
information about the presence of waxes on fresh fruits and vegetables. This
information can appear on labels of individual products, packing cartons (if they are
used at the point of sale), or on counter cards or signs. The information will say that
the product is:
• Coated with food-grade animal-based wax to maintain freshness, or
• Coated with food-grade vegetable-, petroleum-, beeswax-, and/or shellacbased
wax or resin to maintain freshness. If only one of these types of waxes
is applied, the label can simply identify the type, such as "vegetable-based."
FDA also will allow the statement "No wax or resin coating" on fresh fruits and
vegetables that do not contain wax.
Besides reading labeling information, consumers can reduce their concerns
about waxes by rinsing fruits and vegetables with warm water and, when appropriate,
scrubbing with a brush. This will eliminate much of the wax.
New Developments in coating
Scientists are hard at work developing new methods of coating food to help it
keep its freshness and visual appeal even longer--so a refrigerated slice of apple, for
instance, could retain its fresh-cut look for up to three weeks, instead of turning
brown in short order.
Researchers at Food Science Australia, for example, are looking at creating
more coatings made from naturally occurring compounds found in the foods
themselves. Called modified atmosphere coatings, or MACs, these new coatings
would allow only certain gases to pass through, preventing the food's deterioration
without the need for plastic packaging.
At the University of Georgia, food science and technology professor Manjeet
Chinnan is studying both existing and new coatings and "edible films"--wrapping
material that is made from plants instead of plastic. Edible films--based on the plantbased
wrappings people in Asia have been using for centuries for various foods,
such as sticky candies--being either eaten or at the very least biodegradable, could
greatly reduce waste and the use of natural resources, since they're often made from
food-processing byproducts. They have found limited use so far, but further research
could lead to their gradually supplanting the ubiquitous plastic film almost everything
is wrapped in today.
Chinnan has discovered coatings that can increase the shelf life of foods like
roasted peanuts by up to 60 percent and plant-based coatings that reduce the fat
absorption of fried chicken strips by up to a third (and the chicken remained moister,
to boot). Other coatings he's studied prevent the fats and acids in food being fried
(vinegar and lemon juice in a marinade, for instance) from migrating into the frying
oil, which keeps the frying oil fresher and allows it to be used longer.
In future, Chinnan's team hopes to engineer films that could transfer flavors to
foods, add vitamins, or even contain anti-microbial agents that could reduce the risk
of microbial contamination, and hence the risk of food poisoning. For something food
coatings accomplish a lot.
Conclusion
Coating improves product appearance, colour, crispness, flavour, nutritive
value, juiciness, texture, etc. From fruits/vegetable to meat products are can be
coated including chocolates, various nuts, wafers, French fries, chicken, fish, corn
chips, apple, lemon.
Though coating is an effective method of value addition and preservation for
the food product, it is having some problems. Continuous Mechanization is not
available for various coating operations. Till now, many of the coating operations are
done by batch processing.
Safety of food product should be maintained in the coating operations. For
example reuse of batter in battering operation will induce the chance of
contamination over the food product.
Many of the coating materials are high in cost and some of the coating
operations are also higher cost. This leads to increase the cost of operation of
coating. So, we have to reduce the cost of operation by finding out the alternative
coating martial and method instead of costly coating material and method.
􀀣 V.Thirupathi, S.Sasikala and Z.John Kennedy,
Department of Food & Agricultural Process Engineering,
Agricultural Engineering College & Research Institute,
Tamil Nadu Agricultural University,
Coimbatore - 641 003.

Friday, July 3, 2009

Get Some Extra Income..

Copy and Paste and Log into this website and get some extra monies...$$$$$$$..

Try It..
http://www.7harimahiradsense.com/aff/hop.php?id=1640

Thursday, June 25, 2009

Imam Al Ghazali

Kalau Imam Al Ghazali merupakan ulama Tasawuf tersohor dan dapat menghasilkan karya Ihya Ulumudin yang agung dan sebagai rujukan sebahagian Ulamak,dan ayahnda beliau adalah seorang SUFI apakah dia merupakan seorang yang SESAT? sebagai mana sebahagian orang menganggap bahwa Ilmu Tasawuf ni bukan dari Zaman Islam....dan ia adalah Ilmu yang tak ada pada zaman Rasulullah...
Jadi kenapa Nabi Muhmammad mendapat ilmu khasyaf dan ke Gua Hira semasa Baginda berumur 40 tahun dalam pekiraan pada hari Isnin,Ramahdan 21 atau August 10 Tahun 610 pada masa itu beliau berumur 40 tahun 6 bulan 12 hari dan pertama kalinya membaca surah"Ikraq"...sedang kan baginda adalah seorang yang tak pandai membaca..

Tuesday, June 23, 2009

Dari Sunanjaga

SIAPAKAH LAYAK DIGELAR ULAMA?
1.Ada sebahgian syekh Tasawuf bermimpikan sebahgian ulama dalam tidurnya,lalu bertanya: “Apa khabar ilmu yang tuan perdebatkan dahulu dan pertengkarkan?”
Ulama itu membuka tangannya dan menghembuskannya lalu berkata:”Semuanya menjadi abu yang berterbangan.Tak ada yang berguna selain dua rakaat solat yang aku kerjakan dengan ikhlas di tengah malam sepi.”
2.Tahukah kamu siapakah yang dikatakan ulama pewaris ilmu Nabi-Nabi?Iaitu ulama yang mengetahui pelajaran Nabi Zahir dan Batin.Dan yang Zahir itu Syariat dan yang Batin itu Tarekat.Andaikata ada padanya Syariat dan Tarekat tiada halangan baginya untuk mencapai Hakikat iaitu manusia golongan Wali,sedangkan pelajaran Wali-Wali adalah Makrifat.
3.Akan dihuraikan tanda2 ulama dunia dan ulama akhirat.Yang dimaksudkan dengan ulama dunia ialah ulama su’(ulama jahat).Kerana tujuan ulama dunia dengan ilmu pengetahuan itu adalah untuk mendapat kesenangan duniawi,kemegahan dan kedudukan(politik).
Umar ra berkata: “Yang paling saya takutkan kepada umat ini,ialah orang munafik yang berilmu”.Bertanya hadirin: “Bagaimana ada orang yang munafik berilmu?”Menjawab Umar ra: “Berilmu di lidah,bodoh di hati dan perlaksanaan.”
Berkata Imam Malik ra: “Barangsiapa hanya ber-SYARIAT tanpa ber-HAKIKAT dia menjadi munafik.(berilmu dilidah).Dan barangsiapa hanya ber-HAKIKAT tanpa ber-SYARIAT dia menjadi zindik(penyeleweng agama).Dan barangsiapa mengambil keduanya:SYARIAT/HAKIKAT dia adalah manusia yang beriman dan orang Islam hakiki tulen zahir dan batin.”
“Bahwa orang munafiq itu dalam tingkat yang paling bawah dari api Neraka”.-S.An-Nissa,ayat 145.
YANG MEMPEROLEH KEMENANGAN DAN DEKAT DENGAN TUHAN IALAH ULAMA AKHIRAT.
Tanda-tandanya banyak.
1.Diantaranya,ulama akhirat itu tidak mencari dunia dengan ilmunya.
Dari itu Al-Hasan ra berkata: “Siksaan bagi orang yang berilmu ialah mati hatinya.Mati hati ialah mencari dunia dengan amal perbuatan akhirat.”
Ditanya kepada setengah ‘arifin(orang yang mempunyai makrifat kepada Allah Ta’ala): “Adakah tuan berpendapat bahwa orang yang meletakkan pekerjaan maksiat menjadi kecintaannya,tidak mengenal Allah?” Menjawab ‘arifin itu:”Tak ragu lagi bahwa orang yang memilih dunia dari akhirat adalah tidak mengenal Allah Ta’ala”
(ada empat perlaksanaan Takbiratul Ihram dalam sembahyang: 1.Takbir bukan di dunia dan bukan pula di Akhirat, 2.Takbir hanya di dunia,3.takbir dari dunia ke akhirat,4. Takbir di Akhirat) Berkata setengah Arifin, “Barangsiapa tidak mengetahui rahsia Takbir maka sembahyangnya menjadi perbuatan yang sesat pada dirinya.Dan
jangan menyangka Neraka itu hanya didekatkan pada manusia yang nyata melakukan maksiat,tetapi Neraka juga akan didekatkan pada manusia yang beramal ibadat (sembahyang) tanpa usul periksa.
Berkata Shaleh bin Kaisan Al-Bashri: “Aku berjumpa dengan beberapa orang syekh.Mereka itu berlindung dengan Allah dari orang zalim yang alim dengan sunnah Nabi saw.”
Nabi saw bersabda: “Janganlah engkau duduk pada setiap orang yang berilmu kecuali dengan orang yang berilmu yang mengajak kamu dari lima kepada lima: dari keraguan kepada keyakinan,dari riyak kepada keikhlasan,dari gemar dunia kepada zuhud,dari takabur kepada merendah diri,dan dari permusuhan kepada nasihat menasihat.”
Yang dari keraguan kepada Keyakinan:Ahli Makrifat berkata: “Barangsiapa sembahyang tidak tenguk Tuhan,maka sembahyangnya tidak sah.Tetapi sesiapa yang mengatakan dia tenguk Tuhan ada bentuknya,maka orang itu fasik,tujuh kali kafir orang yang kafir.
2.Diantara tanda-tanda ulama akhirat itu,tidak bertentangan perbuatannya dengan perkataannya.
Bahkan dia tidak menyuruh sesuatu sebelum dia sendiri menjadi orang pertama yang melakukannya.Berfirman Allah Ta’ala: “Adakah kamu menyuruh manusia dengan kebaikan dan kamu lupakan akan dirimu sendir?”-(S.Al-Baqarah,ayat 44.)
Berkata Al-Fudhail bin ‘Iyadl ra: “Sampai kepada ku bahwa orang berilmu yang fasik didahulukan penyiksaannya pada hari qiamat daripada penyembah-penyembah berhala.”
3.Dan diantara tanda-tanda ulama akhirat itu,ialah kesungguhannya mencari ilmu yang berguna tentang akhirat,yang mengembirakan pada taat.
Diriwayatkan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw,lalu berkata: “Ajarilah hamba ilmu yang ganjil-ganjil” Maka menjawab Nabi saw: “Apakah yang engkau perbuat mengenai pokok pengetahuan?” Bertanya lelaki itu: “Yang manakah pokok pengetahuan itu?”
Menjawab Nabi saw: “Kenalkah engkau akan Tuhan?” “Kenal!”menjawab lelaki itu. “Apakah yang engkau perbuat tentang hak Allah Ta’ala?” “Masyallah banyak” jawab orang itu. “Kenalkah engkau akan mati?” Tanya Nabi saw. “Kenal,ya Rasulullah” jawabnya. “Apakah yang sediakan untuk mati?” Tanya Nabi saw lagi. “Masyallah banyak”jawabnya.Kemudian,Nabi saw lalu bersabda: “Pergilah,kemudian kuatkanlah apa yang ada di sana!Sudah itu datanglah kemari lagi akan kami ajarkan engkau ilmu yang ganjil-ganjil.”Nabi saw tidak mengajari lelaki ini secara sepontan tetapi memberi masa untuk dia mengamal ilmu2 yang dia sudah ketahui.Kerana membicarakan perkara-perkara yang mendalam dalam agama memerlukan menuntut ilmu dari guru2 yang berkaitan.
4.Diantara tanda-tanda ulama akhirat dia tidak ingin kepada kemewahan.Dia memilih kesederhanaan pada semuanya.
5.Diantara tanda-tanda ulama akhirat ialah dia menjauhkan dirinya dari sultan-sultan(penguasa-penguasa).Kesimpulannya bercampur baur dengan sultan-sulatan adalah kunci kejahatan.Bersabda Nabi saw: “Dan barangsiapa mengikuti buruan niscaya lalailah dia.Dan barangsiapa mendatangi sultan niscaya terpesonalah dia.”
6.Diantara tanda-tanda ulama akhirat ialah tidak tergesa memberi fatwa. “Ilmu itu tiga: “Kitab yang berbicara,sunnah yang berdiri tegak dan Laa adrii(saya tidak tahu)”-Hadis.
Berkata setengah mereka: “Adalah para sahabat Nabi saw.tolak menolak pada empat perkara:menjadi imam,memegang wasiat,menyimpan simpanan dan memberi fatwa.”Dan berkata setengah mereka: “Adalah yang paling lekas memberi fatwa ialah orang yang ilmunya paling sedikit.Dan yang paling menolak memberi fatwa ialah orang yang paling warak.” Pada hadis disebut: “Apabila kamu melihat ornag bersifat pendiam dan zuhud maka dekatilah kepadanya.Sesungguhnya orang itu akan mengajarkan ilmu hikmah.”Ada yang mengatakan,bahwa orang alim itu adakalanya seorang yang alim umum iaitu mufti dan mereka ini adalah teman sultan.Atau seorang yang alim khusus.Itu adalah orang alim dengan ilmu tauhid dan amal perbuatan hati.Berkata Abu Sulaiman: “Makrifah kepada diam adalah lebih dekat daripada makrifat kepada kata-kata.”
7.Diantara tanda-tanda ulama akhirat ialah banyak perhatiannya dengan ilmu batin,dengan muraqabah hati,dengan mengenal jalan akhirat,cara menempuhnya,mengharapkan benar-benar untuk menyingkapkan yang demekian itu dengan mujahadah dan muraqabah.Sesungguhnya mujahadah membawa kepada musyahadah dan ilmu hati yang halus-halus dimana dengan ilmu-ilmu itu terpancarlah segala sumber hikmah dari hati.Adapun dengan kitab-kitab dan pengajaran tidaklah mencukupi dengan itu saja.Tetapi hikmah yang diluar hinggaan dan tak terhitung itu sesungguhnya terbuka dengan mujahadah dan muraqabah.Itulah kunci ilham dan sumber kasyaf(terbuka hijab).Nabi saw bersabda: “Barangsiapa mengerjakan dengan apa yang diketahuinya niscaya diwarisikan oleh Allah kepadanya ilmu pengetahuan yang belum diketahuinya.”
Janganlah kamu mengatakan: ilmu itu di langit,siapakah yang menurunkannya ke bumi?Janganlah kamu mengatakan ilmu itu dalam perut bumi,siapakah yang mengeluarkannya ke atas bumi?Dan jangan kamu mengatakan di seberang lautan,siapakah yang membawanya?Ilmu itu dijadikan dalam hati mu.Beradablah di hadapan KU dengan adab ruhaniawan (ruhaniyyin).Berbudi pekertilah kepada KU dengan budi pekerti shiddiqin.Akan AKU lahirkan ilmu itu dalam hatimu,sehingga menutupkan kamu dengan kebaikan dan kelebihan ilmu.”
Jikalau tidaklah pengetahuan hati dari orang yang berhati nur batin yang menjadi hakim atas ilmu zahir tentu tidaklah Nabi saw bersabda: “Mintalah fatwa kepada hatimu,walaupun orang lain telah berfatwa kepadamu,telah berfatwa kepadamu,telah berfatwa kepadamu!”
8.Dan diantara tanda-tanda ulama akhirat ialah mereka bersungguh-sungguh menguatkan keyakinan.Kerana keyakinan itu adalah modal agama.Bersabda Nabi saw: “Keyakinan itu adalah iman seluruhnya.”Dan Nabi saw bersabda: “Pelajarilah keyakinan”.
9.Juga diantara sifat-sifat ulama akhirat adalah dia selalu merasa sedih,hancur hati,menundukkan kepala dan berdiam diri.Ada ulama yang mengatakan bahwa tidak ada pakaian yang dianugerahkan Tuhan kepada hambaNya yang lebih baik dari khusyuk dan ketenangan batin.Itulah pakaian para nabi,tanda orang-orang soleh,siddik dan para alim ulama.
10.Diantara tanda-tanda ulama akhirat ialah dia berpegang kepada ilmunya berdasarkan kepada penglihatan batin dan diketahuinya dengan hati yang suci.
11.Juga diantara tanda-tanda ulama akhirat ialah dia sangat menjaga dari perbuatan bidaah meskipun telah mendapat persetujuan dari kebanyakan ulama (ulama al-jumhur).
DI SUSUN OLEH SUNANJAGA
DIPETIK DARI IHYA ULUMIDIN-IMAM AL GHAZALI TOKOH TASAUF
11:49 PM 5/31/2009

Allahyarham Imam Muhammad Tohir Al-Lapeo


http://www.panyingkul.com/view.php?id=1108&jenis=kabarkita




Posted by Picasa

Syeikh Abdul Kadir Al-Jilani "Sultanul Aulia"

Posted by Picasa

Thursday, June 18, 2009

ASALAMUALAIKUM SAHABAT

Dalam ruangan yang terbatas ini saya ingin mengajak anda sekelian untuk samasama bertukar pengetahuan mengenai cerita "Para ahli Tasawuf"dan" Ahli Sufi" yang bagaikan telah terpinggir di zaman IT ini.
Segala bahan mengenai Aliran Tasawuf ini amat jarang kita temui di toko-toko buku sekarang ini.
Mungkin dari segi kekurangannya bahan ini maka segelintir anak muda kita kurang didedahkan pada CERITA TASAWUF ini.

Saya berbesar hati agar sama-sama kita dapat bertukar pendapat mengenai CERITA TASAWUF ini.
Moga dengan adanya "BLOG CERITA TASAWUF" ini dapat merapatkan jurang kita sesama Muslim dan mohon di Rahmati oleh Allah S.W.A...

Amin.

Pencinta Tasawuf.