Monday, April 5, 2010

Siapakah Sebenarnya Ahli Sunnah Wal Jemaah


Rasulullah SAW bersabda : “Bahwasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka kecuali satu”.Para sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya : “Siapakah yang satu itu, ya Rasulullah?”.Nabi menjawab : “Yang satu itu adalah orang yang berpegang (beri’itiqad) dengan peganganku (I’itiqadku)dan sahabat-sahabatku.”
[HR. Tirmidzi]

Rasulullah SAW bersabda : “Telah berfirqah-firqah orang Yahudi menjadi 71 firqah dan orang Nasrani
seperti itu pula. Dan akan berfirqah umatku menjadi 73 firqah.
[HR. Tirmidzi dari Abu Hurairah ra.]

Semua  para sahabat Nabi SAW adalah ulama billah.Dan juga para ulama yang terdahulu itu tidak bermaksud dengan ilmunya selain wajah Allah Ta’ala.Begitu juga  lima orang ulama fiqih yang menjadi pemimpin ilmu fiqih Islam,Asy-Syafii,Malik,Ahmad Hanbal,Abu Hanifah dan Sufyan Ats-Tsuri rahmat Allah kepada mereka sekalian.Masing-masing mereka adalah ‘abid (kuat beribadah),zahid (tidak terpengaruh oleh dunia),alim dengan semua ilmu akhirat,faham akan kepentingan umat di dunia dan menghendaki fiqihnya akan wajah Allah Ta’ala.

Berkata seorang Sufi:’’Tidak ada orang yang dapat menilai jalan kerohanian kecuali mereka yang duduk didalam Makrifat (pelajaran mengenal Allah).Ramai yang mengakui sudah mencapai Makrifat kerana hanya pandai bercerita atau hanya membaca buku2 makrifat,tetapi tidak memahami MAKRIFAT.Ilmu Syariat itu lebih nyata dan bersifat zahir,oleh itu ramai orang dapat menilai Syariat tetapi ilmu Syariat adalah untuk manusia dan bukan untuk disisi Allah Ta’ala.’’

Tahukah kamu siapakah yang dikatakan ulama pewaris ilmu Nabi-Nabi?Iaitu ulama yang mengetahui pelajaran Nabi Zahir dan Batin.Dan yang Zahir itu Syariat dan yang Batin itu Tarekat.Andaikata ada padanya Syariat dan Tarekat tiada halangan baginya untuk mencapai Hakikat iaitu manusia golongan Wali,sedangkan pelajaran Wali-Wali adalah Makrifat

Setakat manakah manusia dapat mengakui dirinya sebagai Tuhan?Sudahkah dia mengenal ROH(hakikat dirinya)?Kalau belum mengenal jangan sekali-kali berani mengakui sudah mengenal Allah SWT.

Jelas dan teranglah bahwa bahwa sesiapa yang mengikuti jalan kerohanian para Nabi-Nabi dan Wali-Wali adalah berpegang kepada kebenaran yang hakiki tulen.Ada 73 jalan tarekat yang semuanya masuk Neraka kecuali satu,iatu jalan dan pegangan sunnah wal jemaah.Ia itu mereka yang berpegang kepada Quran dan Hadis. Mana-mana pelajaran Tarekat jika tidak berasal dari Quran dan Hadis tertolak.

Ujian Tarekat ialah ilmu sembahyang.

Lahir manusia lahir sembahyang. Sembahyang mengenal sembahyang.Sembahyang pula mengenal Allah,sedangkan Allah tidak akan dikenal tanpa sembahyang.

Yang pertama ditanya tentang kebaikan ialah sembahyang dan yang pertama ditanya tentang keburukan ialah pembunuhan jiwa.

Ujian Tarekat/non Tarekat ialah ilmu sembahyang.Percaya Tarekat atau anti tarekat ujian kebenaran ialah ilmu sembahyang.

“Barangsiapa sembahyang tidak tenguk Tuhan,maka sembahyangnya tidak sah.Tetapi sesiapa yang mengatakan dia tenguk Tuhan ada bentuknya,maka orang itu fasik,tujuh kali kafir orang yang kafir.”

(INILAH AKIDAH SUNNAH WAL JEMAAH YG SESUNGGUHNYA YG TIDAK DAPAT DITIIRU OLEH KAUM FASIK,MUNAFIK,DAN ORANG2 KAFIR)
Tersebutlah tentang Ja'afar bin Muhamad(As-Shadiq) dalam rangkaian ucapannya ketika ditanya:"Apakah engkau melihat Allah disaat menyembahNYA?Beliau menjawab:"Aku telah melihat Allah kemudian aku menyembahNYA-"Bagaimana engkau telah melihatNYA" Beliau menjawab "Tiada IA dapat dilihat dengan mata,kerana terbatasnya penglihatan,akan tetapi dengan penglihatan hati yang dapat memandang penuh dengan kebenaran dan keyakinan.
Dan ayat Al-Quran ini perlu direnung secara mendalam:
"Sesungguhnya bukan matanya yang buta,tetapi hatinya yang ada didalam rongga
dadanya."(Al-Haj 22:46)

Orang yang sembahyang bercita-cita masuk Sorga adalah orang yang bodoh,tetapi orang yang sembahyang tidak masuk Sorga adalah orang yang sesat.

Waktu anda ruku dan sujud dalam sembahyang dibentangkan jembatan siratulmustaqim didalam diri anda yang menghubungkan dunia dengan akhirat,tetapi tiada seorang pun yang berjalan diatasnya ketika sembahyang kerana tidak mengetahui yang manakah dikatakan jembatan siratulmustaqim didalam diri manusia.

Orang yang tidak mempelajari Takbiratul-Ihram yang hakiki dan Takbir yang sesungguhnya disisi Allah,keadaannya ialah Allah tidak memperdulikan dia dikala dia sembahyang dan dia tidak pula dikatakan menyembah Allah Ta’ala kerana dia tidak menjumpai Allah dalam sembahyangnya.

Jangan sangka Neraka itu hanya didekatkan pada manusia yang nyata melakukan maksiat,tetapi Neraka juga akan didekatkan pada manusia yang beramal ibadat (sembahyang) tanpa usul periksa.

Kebanyakan orang yang sembahyang yang sangat dijaganya ialah kebagusan bacaannya dan elok rukun sembahyangnya (rukun 13).Tetapi sedikitpun dia tidak memikirkan bagaimana sembahyangnya itu dapat terus sampai kepada Allah tanpa perantaraan malaikat.

Yang dinamakan sesat bukan hanya orang yang tidak mempercayai adanya Allah,tetapi yang lebih sesat ialah orang yang tidak mengetahui dan menjumpai Allah dikala dia sembahyang,apalagi dikala nafas terakhirnya,andaikata tidak juga ia mengetahui jalan untuk kembali kepada Allah,maka itu lebih sesat lagi.

Barangsiapa tidak mempelajari cara bertakbir yang hakiki(perlaksanaan takbiratul-Ihram) maka akan sesat dia dipintu kubur yang ada pada dirinya,lebih2 lagi di arasy dikala rohnya akan berpisah dari jasad,disitulah dia akan menyesal kerana tidak mempelajarinya.

Barangsiapa tidak mengetahui rahsia Takbir(perlaksanaan takbiratul-Ihram) maka sembahyangnya menjadi perbuatan yang sesat pada diri. Sesungguhnya kami tidak menyembah,apa yang tidak kami ketahui.

Telah berkata setengah arifin (ahli ilmu makrifah iaitu ilmu mengenalAllah Ta’ala): “Orang yang tidak mempunyai bahgian dari ilmu mukasyafah ini,aku takut akan buruk kesudahannya (tidak memperoleh husnul-khatimah).sekurang-kurangnya bahgian daripadanya ialah membenarkan ilmu itu dan tunduk kepada ahlinya.

 Adapun ilmu yang terpuji setinggi-tingginya ialah ilmu mengenai AllahTa’ala,SifatNya,AfaalNya,sunnahNya dalam menjadikan makhluknya.Inilahilmu yang dicari kerana ilmu itu sendiri kerananya tercapai kebahgiaan akhirat.Inilah ilmu maknun(ilmu yang tersembunyi) yang tidak ditulis di halaman kitab.Yang menyaksikan hal ihwal keadaan ulama akhirat.

Berkata Yazid Ar-Riqasyi:”Adalah shalat Rasulullah saw itu sama seolah-olah sudah ditimbang”
Bersabda nabi saw:”Sesungguhnya dua orang dari umatku,keduanya berdiri kepada shalat,dimana ruku’ dan sujud keduanay itu satu.Dan diantara shalat keduanya itu adalah diantara langit dan bumi”.

Ahli makrifat berkata:
Manusia itu alam kecil disegi zahirnya,tetapi adalah alam besar dari segi batinnya.
Allah SWT itu tersembunyi daripada kamu tetapi rahsiaNYA ada pada kamu dan ada pada semua mahkluk dialam ini,tetapi rahsia itu sendiri dirahsiakan daripada kamu dan jika kamu mengetahui rahsiamu maka menjadi tanggungjawabmu untuk memahami dan mempelajari bagaimana rahsiamu itu digunakan untuk memahami RahsiaNYA.

Maka ketahuilah  bahwa yang berjalan kepada Allah untuk mencapai dekatNya adalah hati bukan badan.Tidaklah saya maksudkan dengan hati itu daging yang biasa dapat dilihat.Tetapi adalah suatu rahasia (sir)dari rahasia Allah ‘Azza wa Jalla yang tidak diketahui oleh pancaindera manusia.Suatu yang halus dari segala yang halus kepunyaan Allah.Sekali disebut dengan kata “roh”,sesekali disebut dengan kata-kata  “an-nafsul muthmainah” (jiwa yang tenteram).Agama menyebutkanya dengan hati (al-qalb) kerana hatilah kenderaan pertama bagi rahasia itu.Dan dengan perantaraan hati maka seluruh badan menjadi kenderaan dan alat kenderaan untuk tubuh halus itu.Dan menyingkap tutup dari sirr tersebut adalah sbahgian dari ilmu mukasyafah.Payah diperoleh bahkan tidak mudah menerangkannya.
PELAJARAN TAREKAT}-penyusun.

Paling tinggi yang diperbolehkan hanya dapat dikatakan bahwa hati(al-qalb) itu suatu dzat (jauhar) yang amat bernilai,suatu mutiara yang amat mulia.lebih mulia dari segala benda yang dapat dilihatdengan mata.Dia itu,urusan ketuhanan (amrun ilahi),seperti firmanNya:“Dan ditanyakan mereka akan engkau (Muhamad) tentang roh,makajawablah: Roh itu urusan Tuhanku (min amri rabbi)”. (S.Al-Isra’,ayat
85.)Seluruh mahluk dihubungkan (mansubah) kepada Tuhan.Tetapi hubungan roh kepadaNya adalah lebih mulia dari hubungan seluruh anggota badan yang lain.Kepunyaan Allah seluruhnya mahluk dan roh.

Roh lebih tinggi dari mahluk yang lain.Dzat yang amat bernilai itu yang membawa amanah Allah,suatu tugas yang pernah ditawarkan kepada langit,bumi dan bukit bakau tetapi enggan menerimanya dan takut kepada dzat yang bernilai itu.
{AMANAH ALLAH ITU IALAH SEMBAHYANG}-penyusun.

Inilah ilmu tersembunyi yang dimaksudkan oleh Nabi SAW dengan sabdanya:”Sesungguhnya sebahgian dari ilmu itu seakan keadaan tertutup yang tidak diketahui selain oleh ahli yang mengenal(makrifat) akan AllahTa’ala.Apabila mereka mempercakapkannya maka tidak ada yang tidak mengerti selain dari mereka yang sudah tertipu,jauh dari Allah Ta’ala.Dari itu janganlah kamu hina seorang yang berilmu,yangdianugaerahi oleh Allah Ta’ala ilmu tersebut.Kerana Allah Ta’ala sendiri tidak menghinakannya kerana telah dianugaerahi ilmu terasebut.
Riwayat Abu Abdirrahman As-salami dari Abu Hurairah,isnad daif.

 Ibn Taymiyyah

There's actually an academic paper on Ibn Taymiyyah belonging to the Qadiriyyah tariqat; I think I have it but got to dig it up from somewhere.
Anyhow, he's not against tasawwuf as such but against what he sees to be problematic practices amongst the Sufis and pseudo-Sufis (not a new problem anyway), and at times he gets carried away in his critique, but the Wahhabis then made the whole situation worse by getting further carried away and conducting actual physical persecution when they took over the Hijaz; my quick view is that the Wahhabis are way more extreme, but they need a great classical name to justify their actions and so they invoked Ibn Taymiyyah, but my cursory readings of Ibn Taymiyyah's life convince me that if he were alive today he would never have condoned the bloodletting of the Wahhabis. By the way, the other "great" figure in wiping out Sufism was Ataturk, for secular reasons.

Lastly Sufism is still very much alive even tolerated in Saudi Arabia, so we shouldn't be too quick with the word "malaise". As with all extremists, over time the Wahhabis have grown soft or wiser!

Ibn Taymiyyah sesungguhnya bukanlah musuh sekaligus penentang keras tasawuf. Sememangnya dalam tulisan-tulisan beliau ada melontarkan kritikan yang tajam terhadap beberapa ahli sufi seperti al-Hallaj disebabkan konsep hululnya, Ibn al-‘Arabi dengan keimanan Wahdatul Wujudnya dan pendokongnya, tetapi beliau juga memberikan penghormatan yang cukup tinggi terhadap sufi lainnya, semisalnya Syeikh Abd al-Qadir al-Jilani, Fudayl Ibn Iyad, dan Junayd al-Baghdadi. Jelas di sini bahawa gelaran anti-sufi atau anti-tasawuf yang dilabel kepada Ibn Taimiyah oleh sesetengah pihak adalah tidak tepat, tulisan-tulisan Ibn Taimiyah lebih menjurus kepada mengubah haluan tasawuf supaya tidak hanya tertumpu pada pola pengembangan peribadi tetapi juga masyarakat secara umumnya

Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam fatwanya berkenaan dengan Tasawuf mengambil jawapan dari Imam Ibnu Taimiyah tentang perkara ini. Kata Imam Ibnu Taimiyah:

“Pandangan aku dalam masalah tasawuf ada dua, iaitu, sebahagian termasuk ahli fiqih dan ilmu kalam mencela dan menganggap para sufi itu ahli bid'ah dan di luar Sunnah Nabi saw. Manakala sebahagian lagi terlalu berlebih-lebihan dalam memberikan pujian dan menganggap mereka paling baik dan sempurna di antara manusia setelah Nabi saw. Kedua-duanya tidak benar. Yang benar ialah bahawa mereka ini sedang dalam usaha melakukan pengabdian kepada Allah, sebagaimana usaha orang-orang lain untuk menaati Allah swt. Dalam keadaan yang pertama di antara mereka, ada yang cepat sampai dan dekat kepada Allah, orang-orang ini dinamakan Minal muqarrabiin (orang-orang yang paling dekat dengan Allah), sesuai dengan ijtihadnya; ada pula yang intensitas ketaatannya sedang-sedang saja. Orang ini termasuk bahagian kanan: Min ashhaabilyamiin (orang-orang yang berada di antara kedua sikap tadi). Di antara golongan itu ada yang salah, ada yang berdosa, melakukan taubat, dan ada pula yang tetap tidak bertaubat. Yang lebih sesat lagi adalah orang-orang yang melakukan kezaliman dan kemaksiatan, tetapi menganggap dirinya orang-orang sufi. Masih banyak lagi dari ahli bid'ah dan golongan fasik yang menganggap dirinya golongan tasawuf, yang ditolak dan tidak diakui oleh tokoh-tokoh sufi yang benar dan terkenal. Sebagaimana Al-Junaid dan lain-lainnya.”

Dalam kenyataan di atas, Imam Ibnu Taimiyah tidak pernah sama sekali menolak Tasawuf secara total. Malahan beliau memperakui tokoh Sufi yang besar iaitu Al-Junaid. Apa yang jelas, selagi golongan tasawuf ini menjalankan aktiviti mereka berdasarkan al-Quran dan Assunah, selagi itu kita memperakuinya. Sepertimana yang dijelaskan oleh tokoh mereka sendiri iaitu Al-Junaid, “Barangsiapa yang tidak hafal Al-Quran dan menulis hadith-hadith Nabi saw. Maka tidak boleh dijadikan ikutan dan ditiru, kerana ilmu kita (tasawuf) terikat pada kitab Al-Qur'an dan As-Sunnah.”

Sesiapa yang memusuhi Wali-WaliKU akan AKU umumkan perang kepadanya.

Berkata penyair:

Apakah saya hamburkan mutiara,

Dihadapan pengembala domba?

Lalu jadilah dia tersimpan,

Dalam gudang penternak hewan?



           Mereka itu tidak tahu.

           Akan harga mutiara.

           Dari itu saya tidak mahu,

           Menggantungkannya pada leher mereka…….



Kalau kiranya Tuhan,

Mencurahkan belas kasihan

Lalu terjumpa ahli ilmu pengetahuan.



           Saya akan siarkan ilmu berfaedah,

           Saya akan memperoleh cinta mahabbah,

           Kalau tidak begitu………

           Biarlah tersimpan dan tersembunyi dalam dadaku!



Memberikan ilmu kepada orang bodoh

Adalah mensia-siakannya.

Tak mahu memberikannya kepada yang berhak,

adalah menganiayakanya.



DISUSUN OLEH SUNANJAGA,
16/11/2009 @1300 HRS.


No comments:

Post a Comment